Barisan Utama UPSI V UKM PERLAWANAN SUKU AKHIR (UPSI V UKM) Pasukan UPSI berjaya melayakkan diri ke Pusingan kalah mati setelah berjaya mengharungi pusingan awal dengan kemenangan bergaya ke atas pasukan sensasi UMS. Dalam pusingan seterusnya ini (suku akhir) pasukan UPSI sekali lagi berdepan tugas getir iaitu bertemu pasukan Naib Johan Liga IPT 2010 dan tempat ketiga 2011 iaitu pasukan UKM. Atas kertas memang diakui pasukan UKM mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri, tetapi pasukan UPSI yang terdiri dari pemain-pemain yang mempunyai semangat juang yang tinggi cuba juga untuk memberikan tentangan kepada pasukan UKM. Berikut sedikit sorotan perlawanan antara UPSI V UKM:- Pemain Utama:- GK= Sdr Ahmad Rizam CB= Sdr Ilham Arshad dan Sdr Fzy Mrperfectangel RB= Sdr Khalid Talib LB= Sdr Izham Razali DM= Sdr Ewhere Bewhere (E-wan) CM=Sdr Michael Lape (Sulaimi) dan Sdr Anas Syazwan RM=Sdr Alwan Asyimi LM = Sdr Ckg Shaari (Hazromi) ST= Sdr Siddiq Shazalli (Anjee) Pemain Simpanan:- 1. Venus Vexer (syukor) 2. Mohd Faizal 3. Abe Robina (hasif) 4. Mie Teluk (shuhaimi) 5. Tommy Bin Mathew 6. Amer Aswad 7. سرول راشد Rashid 8. Richie Raphael 9. Ridzuan Zinu 10. Jeck Xavi |
Seawal minit 1 hingga minit ke 45 pada separuh pertama, pasukan UPSI berjaya melancarkan serangan bertali arus kepada pasukan UKM. Tetapi pasukan UKM berjaya menangkis serangan-serangan yang dihasilkan oleh pemain UPSI melalui ketangkasan penjagol gol import mereka dari German.
Separuh masa ke-2 melihatkan perubahan taktikal iaitu Pemain terbaik pasukan UPSI era 2009-2011 iaitu Saudara Hazromi (Angah) telah diletakkan semula di posisi CM, ternyata perubahan tersebut memberikan satu impak yang besar kepada pasukan UPSI di mana pada minit ke 78, hasil hantaran pemain tengah UPSI, Ridzuan Zinu berjaya menggelecek Penjaga Gol dan hanya berdepan dengan Tiang Gol, tetapi atas faktor pengalaman Ridzuan tidak dapat melakukan yang terbaik untuk pasukan UPSI.. Tetapi Ridzuan menunjukkan kematangan dan semangat untuk berusaha dengan lebih gigih semula selepas peluang itu.Tidak dinafikan juga semangat juang yang tinggi dan komitmen sepasukan membuatkan pemain (Rashid) yang pada ketika itu sedang melalui proses rehab juga telah menunjukkan prestasi yang tinggi walaupun ketika itu beliau hanya 80% cergas. Keputusan semasa masa penuh berkesudahan 0-0.
Perlawanan terpaksa diteruskan sehingga masa tambahan, dan pada masa tambahan tersebut pasukan UPSI nampak agak keletihan kerana faktor-faktor cuaca dan lain-lain. tetapi mereka masih lagi kekal berjuang sehingga 15 minit separuh masa pertama.
Sehinggalah pada separuh masa kedua masa tambahan satu keadaan kelam kabut dihadapan gol selepas bola yang sepatutnya dalam keadaan ofsaid gagal dihidu oleh pembantu pengadil dan pasukan UKM berjaya menjaringkan gol hasil dari situasi tersebut. Pasukan UPSI tetap memberikan tentangan di mana taktikal 3-4-3 diggunakan pada baki 10 minit terakhir, Fizy telah diberikan tugas sebagai ST dan menggunakan bola hantaran tinggi untuk mendapatkan gol. Pada minit ke 12 hasil hantaran Saudara Rashid, Hazromi berjaya melakukan tandukkan disudut sukar tetapi kecemerlangan penjaga gol UKM berjaya menepis tandukkan tersebut. Seterusnya pada minit ke 15 serangan balas oleh UKM berjaya menghasilkan gol iaitu melalui satu rembatan jarak jauh.
Keseluruhannya pasukan UPSI berjaya menunjukkan pencapaian terbaik mereka sepanjang kejohanan MASUM CUP 2011 ini. Akhir kata dari Jurulatih "Simple Boy's.. Cuba Lagi Tahun Depan"
Sesi Taklimat Taktikal |
Pemain mendengar Arahan dari Coach Hazril |
Pemain amat berdisplin semasa sesi taktikal |
No comments:
Post a Comment