Monday 20 February 2012

" Kisah Tinggal Sebulan"

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pemain UPSI..
Tajuk "Kisah Tinggal Sebulan" adalah satu tajuk yang baik untuk dijadikan kupasan atau pengisian kita pada minggu ini..
Bertitik tolak serta rentetan dari sesi latihan kita pada sebelum ini.. ianya adalah satu kenangan yang boleh dikatakan hebat bagi pemain-pemain baru. Masakan tidak  ANDA dapat bermain dengan pasukan yang mempunyai nama seperti Presiden Perak, UiTM, SSBJ, MBSA dan Lain-lain lagi..
Tetapi apakah yang anda semua rasai atau apakah hasil (impak) dari perlawanan persahabatan tersebut?
perkara tersebut seharusnya ANDA sebagai pemain yang memikirkannya............................
Berbagai halangan, dugaan, pahit, dan manis yang akan ANDA tempuhi sekiranya mahu berjaya. Tapi yang menjadikan kenangan atau pengalaman itu pahit dan manis adalah diri kita SENDIRI.. jadi Ayuhlah Pemain UPSI-UPSI semua bangkitlah.. bangkitlah.. untuk mencapai kejayaan.. yang kita ingin kecapi selama ini..
Pada masa ini kita amat jauh.. amat jauh ketinggalan dengan rakan-rakan di IPT lain kerana mereka dikelompok DIV1,DIV2 dan DIV3.. kita di mana?
Renung-renungkanlah wahai Pemain-pemainku...
buktikan anda mampu berjaya...berjaya untuk menaikkan nama UPSI dan menaikkan nama ANDA semua supaya ianya menjadi satu kenangan (setimental value) yang terindah sepanjang kehidupan anda sebagai seorang pemain bola dan pelajar UPSI khasnya..
Akhir kata saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada ANGAH,SIDDIQ,SYUKOR dan RIDHUAN kerana sanggup bersama-sama untuk membantu pasukan KITA walaupun mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran/elaun.. inilah yang dikatakan SEMANGAT, saya kagum dengan anda SEMUA BOY'S.. bantulah adik-adik awak semua untuk BERJAYA..

Nukilan
Coach Hazril

Friday 20 January 2012

Jadual Latihan Sepanjang Cuti Pasukan Bola Sepak UPSI

Setelah tamat sesi latihan dan juga sesi perlawanan persahabatan bagi Pasukan Bola Sepak UPSI, para pemain telah diberikan rehat selama kira-kira 2 minggu iaitu bermula pada 21 Januari 2012 sehingga 8 Februari 2012. Sepanjang masa cuti tersebut, setiap pemain telah diberikan jadual latihan untuk mengekalkan serta meningkatkan lagi tahap kecergasan serta tahap kemahiran setiap pemain. Berikut adalah jadual latihan yang telah disediakan oleh Coach Pasukan Bola Sepak UPSI kepada setiap pemain :



Peringkat Kedua Sesi Latihan dan Perlawanan Persahabatan Pasukan Bola Sepak UPSI

Peringkat kedua sesi latihan bagi Pasukan Bola Sepak UPSI dimulakan dengan perlawanan persahabatan menentang MBSA FC. Perlawanan yang telah diadakan di Stadium Mini Shah Alam pada 14 Januari 2012 (Sabtu), pukul 5.30 petang itu menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar seri tanpa jaringan. Ini adalah perlawanan pertama yang melibatkan 25 orang pemain yang terpilih untuk membawa nama Pasukan Bola Sepak UPSI ke Karnival Liga IPT nanti. Oleh itu, perlawanan persahabatan ini dan juga perlawanan persahabatan yang seterusnya dianggap sebagai perlawanan persediaan bagi para pemain untuk mengharungi Karnival Liga IPT yang dijangka akan bermula pada penghujung  bulan Februari nanti. Perlawanan ini juga menjadi medan untuk Coach Hazril dan Coach Nazrul untuk mencari ramuan terbaik bagi pasukan ini.

Seterusnya, pada 16 Januari 2012 (Isnin), Pasukan Bola Sepak UPSI telah bertandang ke UiTM Shah Alam. Perlawanan yang bermula pada pukul 8.30 malam itu telah menyaksikan Pasukan Bola Sepak UPSI tewas 3-0 kepada pasukan UiTM Shah Alam  di Stadium UiTM Shah Alam. Walaupun Pasukan Bola Sepak UPSI melancarkan serangan bertubi-tubi ke kubu pertahanan lawan, namun nasib  tidak memihak kepada para pemain Pasukan Bola Sepak UPSI kerana tidak mampu untuk menembusi benteng pertahanan pasukan UiTM Shah Alam yang dilihat begitu kebal. Walaupun tewas, namun para pemain mendapat banyak pengalaman daripada perlawanan tersebut terutamanya apabila jurulatih pasukan UiTM telah meluangkan sedikit masa untuk memberikan sedikit komen yang membina mengenai mutu permainan yang telah ditunjukkan oleh para pemain Pasukan Bola Sepak UPSI pada malam itu. Sebelum bertolak pulang, para pemain Pasukan Bola Sepak UPSI telah dijemput untuk menjamu selera di bilik VIP Stadium tersebut.

Selang sehari selepas perlawanan menentang pasukan UiTM Shah Alam, Pasukan Bola Sepak UPSI telah bertandang ke Ipoh. Pada perlawanan persahabatan kali ini, Pasukan Bola Sepak UPSI telah dijadualkan untuk bertemu dengan pasukan Politeknik Ungku Omar. Perlawanan yang bermula pada pukul 5.30 petang itu menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa bermain dalam keadaan hujan di padang Politeknik Ungku Omar. Walaupun pada awal permainan kedua-dua pasukan dilihat sukar untuk mencari rentak permainan dalam keadaan hujan, namun Pasukan Bola Sepak UPSI telah berjaya menewaskan pasukan Politeknik Ungku Omar dengan keputusan 4-1. Sebelum bertolak pulang, Pasukan Bola Sepak UPSI telah dijemput untuk menjamu selera oleh pihak Politeknik Ungku Omar.

Perlawanan persahabatan yang terakhir sebelum para pemain Pasukan Bola Sepak UPSI bercuti selama 2 minggu ialah perlawanan menentang pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Padang Turf Bukit Jalil pada 20 Januari 2012 (Jumaat). Perlawanan yang bermula pada pukul 4.45 petang itu berlangsung dalam keadaan hujan dan keputusan perlawanan tersebut menyaksikan Pasukan Bola Sepak UPSI tewas 4-2 kepada pasukan SSBJ. Bermain di atas Padang Turf ternyata telah memberikan sedikit kesukaran kepada para pemain Pasukan Bola Sepak UPSI kerana para pemain dilihat kurang selesa ketika bermain di atas padang tersebut terutamanya dari segi hantaran serta kawalan bola. Walaupun tewas kepada pasukan SSBJ, namun Coach Hazril dan Coach Nazrul telah memuji para pemain dari segi komitmen yang ditunjukkan sepanjang sesi latihan dan juga perlawanan-perlawanan persahabatan yang telah diadakan. Sebelum bertolak pulang, kedua-dua coach telah memberikan kata-kata semangat serta komen-komen mengenai prestasi keseluruhan pemain sepanjang sesi yang telah diadakan.

Berikut adalah keputusan penuh 7 perlawanan persahabatan yang telah diharungi oleh Pasukan Bola Sepak UPSI sepanjang sesi latihan dan perlawanan persahabatan :

UPSI vs Politeknik Melaka          : UPSI menang 5-0
UPSI vs Trolak FC                        : UPSI menang 2-0
UPSI vs Perak Reserve               : UPSI tewas 0-3
MBSA vs UPSI                              : Seri 0-0
UiTM Shah Alam vs UPSI            : UPSI tewas 3-0
Politeknik Ungku Omar vs UPSI  : UPSI menang 1-4
SSBJ vs UPSI                                : UPSI tewas 4-2

(3 kali MENANG, 3 kali TEWAS dan 1 kali SERI)


Stadium Mini Shah Alam - MBSA vs UPSI

Stadium UiTM Shah Alam - UiTM Shah Alam vs UPSI

Stadium UiTM Shah Alam

Padang Turf Bukit Jalil - SSBJ vs UPSI

*Gambar-gambar lain akan diupload di kemudian hari.

Thursday 19 January 2012

KEJAYAAN BAKAL MENJADI MILIK KITA!

UPSI Team - Kita Bakal Menjadi Juara!

Matlamat jitu merupakan asas dan kompas menjana kejayaan. Ianya merupakan tunjang pendorong, agar kita tidak mengenal erti PUTUS ASA, KECEWA DAN MALAS BERUSAHA. Kejayaan dan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui KEBERANIAN DAN USAHA GIGIH.

Untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara: 
Pertama:    TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR.
Kedua:       MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!

Boys...
Setiap dari kita di bumi ini memilikinya...
Keupayaan untuk memimpin dan menjadi contoh pada yang lain...
Adakala apa yang kita lakukan terasa kecil dan tidak bermakna...
Akan tetapi ingat, riak-riak air yang kecil boleh bercantum lalu menjadi ombak besar yang tidak terhalang lagi...
Bermulalah dengan satu langkah kecil...
Jangan biarkan yang lain menghalang anda. Ikuti jalan diri anda...
Mungkin ada yang akan ketawa. Biarkan! Ramai yang akan mengikut nanti...
Jangan sesekali berputus asa! Kejayaan adalah satu usaha berterusan setelah mereka yang lain sudah berhenti dari mengejarnya...
Rasa takut hanya akan menjadikan manusia itu kerdil! Berlarilah kearah rasa takut anda. Raikannya! Di seberang takut terbesar anda ternanti kejayaan anda yang terhebat.
Bangkitlah dari duduk, masuklah ke gelanggang, bermainlah dengan sepenuh hati. Ambil risiko! Lompatlah dan jaring penyelamat pun akan muncul. Sentiasalah berfikiran positif. Apa yang anda fikirkan, adalah siapa diri anda yang bakal anda jadi.
Impikan! Besarkan impian itu. Rasainya! Percaya padanya. Capailah ia!
Apa jua yang anda impikan, gapailah ia. Anda bakal menginspirasikan mereka yang lain. Hulurkan tangan buat mereka yang memerlukan.
Jadikan diri tauladan yang positif. Jadilah perubahan yang anda mahu saksikan di dunia ini. Lakukan PERUBAHAN!
SEKARANG adalah masa untuk anda MENERAJU, MEMIMPIN dan MENGECAPI KEJAYAAN!
Kejayaan tidak akan tercapai jika kita hanya mengharapkan NASIB. Untuk mencapai KEJAYAAN, MATLAMAT kita mestilah JELAS; BERANI mencapainya dengan USAHA yang tidak mengenal ertiPENAT LELAH dan PUTUS ASA!
Tiada yang mustahil!

Wednesday 18 January 2012

Sesi Pemilihan Pasukan Bola Sepak UPSI - Peringkat Pertama

Pasukan Bola Sepak UPSI telah memulakan sesi latihan sebagai persediaan untuk menghadapi Karnival Liga IPT yang dijangka akan bermula pada awal bulan Februari 2012. Sesi latihan pada peringkat yang pertama  ini adalah bertujuan untuk memilih pemain-pemain yang berbakat untuk diserapkan ke dalam Pasukan Bola Sepak UPSI. Sesi pemilihan yang bermula pada 3 Januari sehingga 12 Januari itu melibatkan 6 sesi latihan dan juga 3 perlawanan persahabatan. Sepanjang sesi pemilihan tersebut, Coach Hazril dan juga Coach Nazrul telah menilai pemain berdasarkan prestasi yang ditunjukkan semasa sesi latihan dan juga semasa perlawanan persahabatan. Perlawanan persahabatan yang pertama ialah perlawanan menentang Politeknik Melaka. Perlawanan tersebut telah diadakan pada 7 januari 2012 (Sabtu) bertempat di Padang UPSI. Perlawanan yang bermula pada pukul 5.00 petang itu telah menyaksikan Pasukan Bola Sepak UPSI telah berjaya mengatasi pasukan Politeknik Melaka 5-0.

Perlawanan persahabatan yang kedua pula telah diadakan selang sehari selepas perlawanan yang pertama, iaitu pada 9 Januari 2012 (Isnin) menentang Trolak FC bertempat di Padang UPSI. Perlawanan yang telah diadakan pada waktu malam itu menyaksikan Pasukan Bola Sepak UPSI sekali lagi berjaya mencatat kemenangan dengan membenam pasukan Trolak FC dengan keputusan 2-0. Walaupun Pasukan Bola Sepak UPSI berjaya memenangi dua perlawanan berturut-turut, namun menurut Coach Hazril dan Coach Nazrul, masih banyak kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki untuk memantapkan lagi pasukan ini.

Perlawanan persahabatan yang ketiga menyaksikan Pasukan Bola Sepak UPSI bertemu dengan pasukan Perak Reserve bertempat di Padang UPSI. Perlawanan tersebut telah diadakan selang sehari (11 januari 2012 – Rabu) selepas Pasukan Bola Sepak UPSI mencatat kemenangan 2-0 ke atas pasukan Trolak FC. Perlawanan yang telah diadakan pada waktu malam itu menyaksikan Pasukan Bola Sepak UPSI tewas 3-0 di tempat sendiri. Walaupun tewas, namun, para pemain Pasukan Bola Sepak UPSI telah mendapat banyak pengajaran dan pengalaman daripada perlawanan tersebut. Dengan berakhirnya perlawanan persahabatan menentang Perak Reserve ini, maka berakhirlah sesi pemilihan bagi Pasukan Bola Sepak UPSI. Senarai 25 orang pemain yang terpilih telah diumumkan sehari selepas perlawanan persahabatan tersebut. Peringkat kedua sesi latihan akan diteruskan lagi dengan 4 lagi perlawanan persahabatan yang bakal menanti Pasukan Bola Sepak UPSI iaitu perlawanan menentang :

-          MBSA di Stadium Mini Shah Alam - 14 Januari 2012
-          UiTM Shah Alam di Stadium UiTM Shah Alam - 16 Januari 2012
-     Politeknik Ungku Omar di Padang Politeknik Ungku Omar Ipoh – 18 Januari 2012
-          Sekolah Sukan Bukit Jalil di Padang Turf Bukit Jalil – 20 Januari 2012

Nantikan ulasan dan keputusan perlawanan persahabatan tersebut serta perkembangan semasa Pasukan Bola Sepak UPSI di dalam blog ini. Sekian dan terima kasih.

Penjaga Gol UPSI Team - Syukur dan Tommy

Para pemain UPSI Team sedang memanaskan badan.

Sesi pemanasan badan sebelum perlawanan.

Ilham -  pertahanan UPSI Team.

Penjaga Gol UPSI Team sedang melakukan pemanasan badan.

Pemain kesebelasan utama UPSI Team sedang melakukan pemanasan badan.

Para pemain sedang melakukan regangan sebelum perlawanan menentang Perak Reserve.

Sesi pemanasan badan para pemain sambil diperhatikan oleh Coach Hazril.

Salah satu sesi pemanasan badan yang dilakukan oleh para pemain.

Barisan pemain UPSI Team.

Pandangan Hadapan barisan pemain UPSI Team.

Para pemain bersedia untuk menghadapi perlawanan.


Para pemain membetulkan ikatan kasut sebelum perlawanan menentang Perak Reserve di Padang UPSI.

Coach Hazril memberikan arahan kepada pemain.

UPSI Team dan Perak Reserve.

Sepatah dua kata daripada Coach Hazril sebelum perlawanan.

Cetusan Idea/Perkongsian

Assalammualaikum..berjumpa semula kita dalam ruangan Pasukan Bola Sepak UPSI..
Alhamdulillah perlawanan persahabatan yang dilalui oleh pasukan yang diberi gelaran atau jolokan UPC UPC..begitu gah dan memberangsangkan kerana..pemain-pemain telah memberikan segala komitmen yang boleh dikatakan amat tinggi atau "world class" tetapi bukan semua boy's..... bertaraf world hehehehe...
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda "wahai pemain-pemain", kami ( EN NAZRUL & Saya) telah memberikan segala yang terbaik kepada anda semua untuk berjaya atau mengubah diri anda semua.. itulah jalan terbaik boy's..
Hanya tinggal 1 perlawanan saja lagi boys..

Sunday 1 January 2012

"LIGA IPT 2012 KEMBALI MENJELANG"

Assalammualaikum.. kepada pemain-pemain bola sepak UPSI, selamat menyambut tahun baru 2012..
Bila sebut sahaja tahun baru..sudah semestinya, adanya tersemat di hati anda iaitu azam tahun baru.. Jadi ingin saya kongsikan bersama anda semua bahawa azam tahun baru saya pada tahun 2012 ini adalah untuk membawa pasukan UPSI melepasi kejohanan liga IPT "Karnival" dan seterusnya melangkah ke Div 3 atau Div 2 dahulu dan seterusnya secara berperingkat ke Div 1.. Itulah azam saya tahun ini InsyaAllah. Jadi jika saya inginkan kejayaan tersebut anda bagaimana?  Di bawah adalah program latihan dan perlawanan persahabatan pasukan kita:-