COACH PROFILE

Coach Hazril Hisham

Beliau dilahirkan di Bagan Datoh, Perak DR. 
Anak kedua dari 4 orang adik beradik. Berhijrah dan menetap di Sentul Kuala Lumpur serta mendapat pendidikan awal seperti berikut:- 

SK Methodist Boys School
SMK Methodist Boys School
SMV Ampangan Seremban

Menyambung pelajaran di UTM dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Sains Sukan. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam dalam mengembangkan bakat dalam sukan bola sepak. Beliau juga mempunyai kelayakan dalam bidang sukan seperti berikut:-

Lesen 'C' AFC Kejurulatihan BolaSepak
Lesen Pengadil FAM (Bola Sepak & Futsal)
SPKK (Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan) Tahap 2
Sport Administration (International Olympic Comitte ) 

Beliau sekarang adalah seorang pendidik (pensyarah) di Politeknik Sultan Azlan Shah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan selama 12 tahun.


[KATA-KATA HIKMAH]
"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." 
~ Albert Camus

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

p/s= Hanya kita sahaja yang tahu tentang diri kita maka lakukan yang terbaik untuk diri kita sendiri InsyaAllah


1 comment:

Coach Hazril said...

Segak gambar coachni hehehehe

Post a Comment