Tuesday 29 November 2011

Hari Pertama Di Port Dickson

Pada 29 November, pasukan Bola Sepak Pantai UPSI telah bertolak ke Port Dickson untuk menyertai Kejohanan Sukan Pantai MASUM 2011. Pasukan ini telah bertolak bersama-sama dengan atlet sukan yang lain pada pukul 10.00 dan sampai ke Port Dickson pada pukul 1.00 Petang. Sebaik sahaja tiba di Politeknik Port Dickson, para pemain telah diberikan tempat tinggal di asrama politeknik tersebut.

Para pemain bergambar di dalam bas sebelum bertolak ke Port Dickson.

Para pemain sedang makan tengah hari.

Para pemain sedang menjamu selera.

Coach dan Rockers (Vitex)

Para pemain sedang berjoging di tepi pantai.

Latihan pemanasan badan.

Para pemain sedang mendengar taklimat daripada coach.

Sesi taklimat - coach dan para pembantunya.

Coach dan para pemainnya.

Para pemain dan coach bergambar - selepas menjalani latihan ringan.

Para pemain sedang melakukan pemanasan badan.

UPSI V UMS

     Barisan utama pasukan UPSI, kelihatan gagah, perkasa dan etc.. bak kata pepatah "Kalau Kail Panjang Sejengkal Jangan Diduga Lautan Dalam" itulah kata-kata semangat pemain-pemain UPSI dalam perlawanan pertama MASUM CUP 2011 bertemu UMS pasukan dari Division 1 Liga KPTM dan menduduki tangga ke-5 dalam liga tersebut. 
        Pada Perlawanan tersebut dan melalui pepatah seperti di atas pemain pasukan UPSI telah menunjukkan satu permainan yang cukup hebat di mana hampir 90% permainan dikuasai oleh pemain UPSI. Dalam perlawanan tersebut juga pasukan UPSI telah mendahului hasil jaringan pemain sensasi UPSI Siddiq (Anjeee) pada minit ke 20.Jaringan itu telah membuatkan para pemain lebih fokus dan melakukan serangan bertali arus sehingga tamat separuh masa pertama.



Pemain Bersedia Memulakan Permainan

Tuesday 15 November 2011

Bola Sepak Pantai Kembali

BERIKUT DISERTAKAN SENARAI NAMA PEMAIN-PEMAIN UPSI DALAM ACARA BOLA SEPAK PANTAI YANG AKAN MEMBERIKAN CABARAN KEPADA PASUKAN LAIN IAITU PADA KETETAPAN BERIKUT:-

TARIKH : 1-4 DISEMBER 2011
TEMPAT : PANTAI BAGAN PINANG, PORT DICKSON
JADUAL PERJALANAN : 29 DISEMBER 2011
MASA : 9.00 pg ( Diuruskan oleh Sulaiman (Pengurus Sementara






Kepada Pemain-Pemain Semua Latihan bola sepak pantai akan diadakan mengikut jadual seperti dalam announcement. Jadi semua pemain digalakkan hadir bagi memastikan sesi latihan dapat dilakukan dengan baik dan mudah..

Keutamaan dalam sesi pemilihan adalah seperti berikut:-
1. Fitness Level
2. Boleh mengawal bola dengan baik di atas udara (juggling)
3. Good Shooting

Jadi diharap bakal-bakal pemain bola sepak pantai anda diminta untuk bersedia dari masa ke semasa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Friday 4 November 2011

PASUKAN BOLA SEPAK UPSI




























Thursday 3 November 2011

PERLAWANAN SUKU AKHIR (UPSI V UKM)

Barisan Utama UPSI V UKM


PERLAWANAN SUKU AKHIR (UPSI V UKM)
              Pasukan UPSI berjaya melayakkan diri ke Pusingan kalah mati setelah berjaya mengharungi pusingan awal dengan kemenangan bergaya ke atas pasukan sensasi UMS. Dalam pusingan seterusnya ini (suku akhir) pasukan UPSI sekali lagi berdepan tugas getir iaitu bertemu pasukan Naib Johan Liga IPT 2010 dan tempat ketiga 2011 iaitu pasukan UKM. Atas kertas memang diakui pasukan UKM mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri, tetapi pasukan UPSI yang terdiri dari pemain-pemain yang mempunyai semangat juang yang tinggi cuba juga untuk memberikan tentangan kepada pasukan UKM. Berikut sedikit sorotan perlawanan antara UPSI V UKM:-

Pemain Utama:- 
GK= Sdr Ahmad Rizam
CB= Sdr Ilham Arshad dan Sdr Fzy Mrperfectangel
RB= Sdr Khalid Talib
LB= Sdr Izham Razali
DM= Sdr Ewhere Bewhere (E-wan)
CM=Sdr Michael Lape (Sulaimi)  dan Sdr Anas Syazwan
RM=Sdr Alwan Asyimi
LM = Sdr Ckg Shaari (Hazromi)
ST= Sdr Siddiq Shazalli (Anjee)


Pemain Simpanan:-


1. Venus Vexer (syukor)
2. Mohd Faizal
3. Abe Robina (hasif)
4. Mie Teluk (shuhaimi)
5. Tommy Bin Mathew
6. Amer Aswad
7. سرول راشد  Rashid
8. Richie Raphael
9.  Ridzuan Zinu
10. Jeck Xavi
      Seawal minit 1 hingga minit ke 45 pada separuh pertama, pasukan UPSI berjaya melancarkan serangan bertali arus kepada pasukan UKM. Tetapi pasukan UKM berjaya menangkis serangan-serangan yang dihasilkan oleh pemain UPSI melalui ketangkasan penjagol gol import mereka dari German. 
      Separuh masa ke-2 melihatkan perubahan taktikal iaitu Pemain terbaik pasukan UPSI era 2009-2011 iaitu Saudara Hazromi (Angah) telah diletakkan semula di posisi CM, ternyata perubahan tersebut memberikan satu impak yang besar kepada pasukan UPSI di mana pada minit ke 78, hasil hantaran pemain tengah UPSI, Ridzuan Zinu berjaya menggelecek Penjaga Gol dan hanya berdepan dengan Tiang Gol, tetapi atas faktor pengalaman Ridzuan tidak dapat melakukan yang terbaik untuk pasukan UPSI.. Tetapi Ridzuan menunjukkan kematangan dan semangat untuk berusaha dengan lebih gigih semula selepas peluang itu.Tidak dinafikan juga semangat juang yang tinggi dan komitmen sepasukan membuatkan pemain (Rashid) yang pada ketika itu sedang melalui proses rehab juga telah menunjukkan prestasi yang tinggi walaupun ketika itu beliau hanya 80% cergas. Keputusan semasa masa penuh berkesudahan 0-0.
       Perlawanan terpaksa diteruskan sehingga masa tambahan, dan pada masa tambahan tersebut pasukan UPSI nampak agak keletihan kerana faktor-faktor cuaca dan lain-lain. tetapi mereka masih lagi kekal berjuang sehingga 15 minit separuh masa pertama.
       Sehinggalah pada separuh masa kedua masa tambahan satu keadaan kelam kabut dihadapan gol selepas bola yang sepatutnya dalam keadaan ofsaid gagal dihidu oleh pembantu pengadil dan pasukan UKM berjaya menjaringkan gol hasil dari situasi tersebut. Pasukan UPSI tetap memberikan tentangan di mana taktikal 3-4-3 diggunakan pada baki 10 minit terakhir, Fizy telah diberikan tugas sebagai ST dan menggunakan bola hantaran tinggi untuk mendapatkan gol. Pada minit ke 12 hasil hantaran Saudara Rashid, Hazromi berjaya melakukan tandukkan disudut sukar tetapi kecemerlangan penjaga gol UKM berjaya menepis tandukkan tersebut. Seterusnya pada minit ke 15 serangan balas oleh UKM berjaya menghasilkan gol iaitu melalui satu rembatan jarak jauh. 
      Keseluruhannya pasukan UPSI berjaya menunjukkan pencapaian terbaik mereka sepanjang kejohanan MASUM CUP 2011 ini. Akhir kata dari Jurulatih "Simple Boy's.. Cuba Lagi Tahun Depan"   

Sesi Taklimat Taktikal
Pemain mendengar Arahan dari Coach Hazril

Pemain amat berdisplin semasa sesi taktikal

UPSI V UMS


     Barisan utama pasukan UPSI, kelihatan gagah, perkasa. Bak kata pepatah "Kalau Kail Panjang Sejengkal Jangan Diduga Lautan Dalam" itulah kata-kata semangat pemain-pemain UPSI dalam perlawanan pertama MASUM CUP 2011 bertemu UMS pasukan dari Division 1 Liga IPT dan menduduki tangga ke-5 dalam liga tersebut. 
        Pada Perlawanan tersebut dan melalui pepatah seperti di atas pemain pasukan UPSI telah menunjukkan satu permainan yang cukup hebat di mana hampir 90% permainan dikuasai oleh pemain UPSI. Dalam perlawanan tersebut juga pasukan UPSI telah mendahului hasil jaringan pemain sensasi UPSI Siddiq (Anjeee) pada minit ke 20.  Jaringan itu telah membuatkan para pemain lebih fokus dan melakukan serangan bertali arus sehingga tamat separuh masa pertama.



        

Pemain Bersedia Memulakan Permainan

          Setelah mendengar amanat dan taktikal terbaru dari Jurulatih Saudara Hazril Hisham, pemain-pemain telah kembali pada separuh masa kedua dengan semangat yang berkobar bagi memastikan keputusan semasa tidak digugat oleh pasukan UMS. Akhirnya setelah perubahan taktikal dilakukan iaitu dengan memasukkan pemain kelahiran Lagenda Mahsuri Pulau Langkawi saudara Alwan telah berjaya memastikan UPSI tetap gah walaupun berada pada kelompok zon liga IPT di mana beliau telah berjaya menjaringkan gol pada minit ke 82, hasil satu serangan balas yang dimulakan oleh saudara Hazromi, Sulaimi, E-wan(C) dan tidak lupa juga kepada saudara Ridhuwan yang memastikan jaringan tersebut dapat disudahkan dengan tenang oleh saudara Alwan itu tadi. Tamat Permainan Keputusan yang boleh dikategorikan "UPSET" oleh semua pegawai MASUM iaitu UPSI 2 UMS 0