Thursday 3 November 2011

UPSI V UMS


     Barisan utama pasukan UPSI, kelihatan gagah, perkasa. Bak kata pepatah "Kalau Kail Panjang Sejengkal Jangan Diduga Lautan Dalam" itulah kata-kata semangat pemain-pemain UPSI dalam perlawanan pertama MASUM CUP 2011 bertemu UMS pasukan dari Division 1 Liga IPT dan menduduki tangga ke-5 dalam liga tersebut. 
        Pada Perlawanan tersebut dan melalui pepatah seperti di atas pemain pasukan UPSI telah menunjukkan satu permainan yang cukup hebat di mana hampir 90% permainan dikuasai oleh pemain UPSI. Dalam perlawanan tersebut juga pasukan UPSI telah mendahului hasil jaringan pemain sensasi UPSI Siddiq (Anjeee) pada minit ke 20.  Jaringan itu telah membuatkan para pemain lebih fokus dan melakukan serangan bertali arus sehingga tamat separuh masa pertama.



        

Pemain Bersedia Memulakan Permainan

          Setelah mendengar amanat dan taktikal terbaru dari Jurulatih Saudara Hazril Hisham, pemain-pemain telah kembali pada separuh masa kedua dengan semangat yang berkobar bagi memastikan keputusan semasa tidak digugat oleh pasukan UMS. Akhirnya setelah perubahan taktikal dilakukan iaitu dengan memasukkan pemain kelahiran Lagenda Mahsuri Pulau Langkawi saudara Alwan telah berjaya memastikan UPSI tetap gah walaupun berada pada kelompok zon liga IPT di mana beliau telah berjaya menjaringkan gol pada minit ke 82, hasil satu serangan balas yang dimulakan oleh saudara Hazromi, Sulaimi, E-wan(C) dan tidak lupa juga kepada saudara Ridhuwan yang memastikan jaringan tersebut dapat disudahkan dengan tenang oleh saudara Alwan itu tadi. Tamat Permainan Keputusan yang boleh dikategorikan "UPSET" oleh semua pegawai MASUM iaitu UPSI 2 UMS 0

No comments:

Post a Comment